ePub Great Battles ePub

by Christer Jorgensen

Buku ini membincangkan pertempuran-pertempuran decisive (penentu dan muktamad) yang membentuk sejarah dunia. Buku ini ditulis melalui beberapa penulis terpilih yang pakar terutamanya mengenai sejarah peperangan dan pertempuran,sama ada Sebelum Masihi (SM) atau Masihi (M). Terdapat 30 buah pertempuran yang dimuatkan di dalam buku ini. Kisah-kisah pertempuran ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

A) The Age of the Sword (Zaman Pedang)
1) Marathon 490 SM
2) Salamis 480 SM
3) Gaugamela 331 SM
4) Cannae 216 SM
5) Alesia 52 SM
6) Adrianople 378 M
7) Tours/Poitiers 732 M
8) Hastings 1066 M
9) Hattin 1187 M
10) Tannenberg 1410 M
11) Agincourt 1415 M

B) The Age of Gunpowder (Zaman Ubat Bedil)
12) Constantinople 1453 M
13) Lepanto 1571 M
14) The Great Armada 1588 M
15) Lutzen 1632 M
16) Blenheim 1704 M
17) Saratoga 1777 M
18) Trafalgar 1805 M
19) Austerlitz 1805 M
20) Waterloo 1815 M

C) The Age of the Rifle (Zaman Raifal)
21) Antietam 1862 M
22) Gettysburg 1863 M
23) Verdun 1916 M
24) The Somme 1916 M
25) The Battle of Britain 1940 M
26) Stalingrad 1942 M
27) Midway 1942 M
28) Normandy 1944 M
29) The Tet Offensive 1968 M
30) Operation Iraqi Freedom 2003 M

Saya bersetuju dengan pilihan seperti yang disenaraikan di atas. Namun demikian,saya fikir terdapat gap atau ruang yang boleh diisi dengan pilihan pertempuran yang lebih sesuai dan penting,terutamanya dari sudut impaknya kepada sejarah. Sebagai contoh,Perang/Pertempuran Khandak (Parit) yang berlaku pada 627 M atau 5 Tahun Hijrah. Kesan dari pertempuran tersebut adalah Islam selamat daripada ancaman musuhnya dan merintis jalan kepada penyebaran Islam di Tanah Arab dan seterusnya kepada kawasan/wilayah yang menerima kedatangan Islam.

Tetapi,apakan daya. Buku ini ditulis oleh penulis-penulis yang berasal dari Barat. Malahan,saya merasakan,apabila menulis mengenai pertempuran yang melibatkan tentera Islam,terdapat unsur-unsur yang agak prejudis. Lihatlah pada artikel mengenai Constantinople dan Lepanto yang tedapat di dalam buku ini. Mungkin ada,terutamanya di kalangan orang Muslim,yang akan kurang bersetuju dengannya. Mungkin kita perlukan penulis yang menulis subjek yang sama dengan menggunakan perspektif atau kaca mata Islam untuk mencapai hasil karya ilmiah yang lebih baik dan saksama.

Walaupun begitu,secara keseluruhannya,saya berpuas hati dengan buku ini. Malahan,turut disediakan gambar (dalam bentuk lukisan atau foto),kotak informasi dan peta yang membantu pemahaman para pembaca. Artikel yang ditulis juga ringkas dan setiap artikel tidak melebihi lapan muka surat. Buku ini sesuai dibaca kepada mereka yang sukakan sejarah pertempuran dunia,tetapi,disampaikan secara ringkas dan menarik.

eBook tags: great, battles, epub, download, epub, christer jorgensen

Download Great Battles (ePub)

ePub Great Battles
DownloadePub (2.2Mb)

File info

ISBN
Book Title
Book Author
PublisherParragon Books
GanreHistory
Release date 01.02.2010
Pages count256
eBook formatHardcover, (torrent)En
File size2.2 Mb
Book rating3.77 (70 votes)
 rate rate rate rate rate